Tagged by Tekong ^_^
-----------------
Apa ye?? Macam Johari Window plak. Things that you know, but others donno :) hehe. So, ni lah menda alah yang mungkin korang tak tau tentang diri aku: ALONG :)
1) Aku tak suke Math.
-Rasa nak pitam kalu kena buat kira-kira. Waaa...! Dulu masa sekolah asik failed je matematik. Masa form 4, aku rasa pernah lulus math sebanyak 2 kali je, yang lain, MERAH!! hohoho :P Sampai kat U ni, bila amik statistik, aku rasa macam nak nangis..huhu.
Tapi, Alhamdulillah, berkat usaha, aku berjaya sudahkan courses yang terlibat. Nak seribu daya. Tak nak??? [hehe]
--------------------------------------------------
2) [Teruknye aku]
-Rasa begitu teruk sekali bila kenang-kenang waktu sekolah rendah. Dahlah tak suka math, bleh plak ponteng kelas, dan melepak dalam toilet [aku tak buat keja sekolah, taknak buat latihan kat papan hitam..bla..bla...]
Haha..jahilnya masa kecilku :P
---------------------------------------------------
3) Fobia!
-Gue fobia dengan kelajuan. Dulu aku pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Teksi yang aku naik tu lah...huhu. [Erm, dah takdir, kan??]
So, jangan cube-cube bawak keta laju-laju ketika aku berada bersama. Aku bleh nangis sorang-sorang kat seat belakang..huhu.
[Tapi, peliknya..aku boleh plak bawak keta laju-laju..hehe]
----------------------------------------------------
4) Bola(s)
-Dulu aku aktif main bola. Bola baling dengan bola jaring jelah. Tapi, ada satu tournament tu, aku rasa gabra sangat masa jaga gol. Aku dengan selambanya, berlari ke arah luar garisan D, dan menunjal kepala seorang pemain lawan.
Hahaha...pastu muke aku selamba gile macam tak bersalah. [jahat..jahat..]
----------------------------------------------------
5)Aku yang...
-Aku ni sensitip. Nampak je gelak-gelak. Kalau korang tak 'jaga bahasa', mungkin aku cepat rasa kecik hati..serius! Dengan mak, kalu dia naikkan je suara...meleleh dah air mata ni..sob sob.
Pastu, aku ni degil gak. Tahap mahadewa aku punye keras hati. Peh!! Lalala :P
--------------------------------------------------end
Erm, tak semua boleh dikongsi [haha..] tapi, inilah pengalaman, kan? Kadang rasa nak gelak bila ingat kembali. Well, yang penting kenalah belajar dari pengalaman :)
Menurut perspektif psikologi, BELAJAR tu adalah perubahan yang kekal dalam tabiat dan ilmu berasaskan pengalaman lampau.
So, learn from experience. Improve, and strive for excellent. Aku selalu ingatkan diri dan kawan-kawan, agar menerima kesilapan dan kekurangan diri.
Analoginya, jika seekor anak burung itu tak belajar terbang keluar dari sarang, tiada pun inisiatif untuk melalui kesukaran ..maka sampai bila-bila dia takkan dapat terbang ke udara :)
Begitulah :)
2 comments:
akum en aris..
aku baru dalam dunia blogging.(betul ke ada dunia blogging?atau just dunia blog)
takpelah..mintak cadangan dan pandangan anda yang dah kurang kaburnya dalam dunia blog..aku baru je wat blog.
http://bloguntukaku.blogspot.com/
sila datang dan beri cadangan apa yang perlu aku wat untuk bagi blog aku meriah..thanks ya
well, dalam dunia blog ni, saya macam 'kerang-kerang'..masih belum jadi pantai ataupun ombak 'yg besar' :)
blog tu noun, blogging tu verb..haha :D
Post a Comment